Sekitar Penganjuran Majlis Jaulah Ramadan Peringkat Negeri Perak
Selasa | 18 & 19 Mac 2024
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, turut berbuka puasa, solat terawih, dan bersahur bersama murid, guru, serta seluruh warga Sekolah Raja Perempuan Taa’yah, SABK Maahad Al-Ummah, dan SMK Raja Permaisuri Bainun.
Menerusi program Jaulah Ramadan yang diadakan ini adalah bertujuan meningkatkan penghayatan Ramadan, menyantuni warga sekolah, memberi sumbangan bantuan kepada murid yang memerlukan serta mempererat hubungan antara komuniti pendidikan. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tn Hj Azman Adnan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, YBhg Dato’ Mohamad Fauzi Mahson, dan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut hadir dalam majlis tersebut.