You are currently viewing Jaulah Ramadan di Negeri Melaka

Jaulah Ramadan di Negeri Melaka

Jaulah Ramadan di Negeri Melaka

Khamis | 21 & 22 Mac 2024

Siri Jaulah Ramadan di Melaka telah diadakan dengan penuh kecemerlangan di beberapa institusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pelbagai aktiviti dan program yang meriah telah dirancang dan dilaksanakan dengan penuh semangat oleh pengurusan tertinggi KPM dan warga institusi yang terlibat.

Antara program yang diadakan adalah penyediaan dan memasak bubur lambuk di Institut Pendidikan Guru Perempuan Melaka dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad (BPI). Aktiviti ini tidak terlaksana tanpa sokongan daripada Yang Di Pertua Negeri yang turut menyumbangkan bantuan tunai bagi menjayakan program ini.

Suasana program semakin bermakna dengan kehadiran YB Fadhlina Sidek dan pengurusan tertinggi KPM yang turut memeriahkan acara tersebut. Kebersamaan dan semangat beramal dalam bulan yang penuh berkat ini benar-benar terasa di setiap sudut program Jaulah Ramadan di Melaka ini.

Loading

Leave a Reply