You are currently viewing Program Sokongan Profesional Tujuh Teras Nadi Keunggulan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di SK Datuk Undang Abdullah, Jelebu, Negeri Sembilan

Program Sokongan Profesional Tujuh Teras Nadi Keunggulan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di SK Datuk Undang Abdullah, Jelebu, Negeri Sembilan

Program Sokongan Profesional Tujuh Teras Nadi Keunggulan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di SK Datuk Undang Abdullah, Jelebu, Negeri Sembilan.

Isnin | 4 November 2024

Program Sokongan Profesional Tujuh Teras Nadi Keunggulan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Datuk Undang Abdullah, Jelebu, Negeri Sembilan. Kehadiran YBrs Tuan Haji Azman bin Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) untuk melihat pengoperasian sekolah dan beramah mesra bersama warga pendidik di sekolah ini. Program ini juga diadakan untuk membuat tinjauan mengenai sekolah komprehensif 9 (K9) yang menyediakan sekolah dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 3 di sekolah ini.

Dalam program ini, Yayasan Didik Negara (YDN) turut menyediakan peranti Didik Tab sebanyak 35 unit bagi menyediakan keperluan khas kepada sekolah dalam membudayakan pembelajaran secara digital. Selain itu, sekolah ini juga turut menerima televisyen pintar dan buku nota daripada Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dan Dewan Bahasa Pustaka (DBP).

Semoga dengan usaha kerjasama dari pelbagai pihak ini dapat merealisasikan pembelajaran yang berkesan dalam menangani isu keciciran murid, dan dapat meningkatkan kemahiran murid ke arah digitalisasi di masa hadapan.

Loading

Leave a Reply