You are currently viewing Lawatan KPM Santuni Mangsa Insiden Kebakaran Paip Gas

Lawatan KPM Santuni Mangsa Insiden Kebakaran Paip Gas

Lawatan KPM Santuni Mangsa Insiden Kebakaran Paip Gas

Jumaat | 4 April 2025

Pada 4 April yang lalu, YBhg Dato’ Ts Dr Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bersama YBhg Datuk Haji Azman bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Camelia. Tujuan lawatan ini adalah untuk memantau perkembangan terkini murid, guru, dan warga institusi pendidikan KPM yang terjejas akibat kebakaran paip gas di Putra Heights yang berlaku pada dua Syawal yang lalu.

Dalam lawatan tersebut, YBhg Dato’ Ketua Setiausaha dan YBhg Datuk Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia memberikan sokongan psikososial kepada murid-murid yang terlibat. Sokongan ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kesejahteraan mental murid-murid tersebut dalam menghadapi dugaan insiden yang luar biasa bagi mereka.

Dalam lawatan itu Yayasan Didik Negara turut menyampaikan sumbangan kepada murid-murid yang terlibat. Sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Yayasan Didik Negara dalam menyokong pelajar yang menghadapi cabaran dalam insiden ini. Melalui sumbangan yang diberikan, bukan sahaja menyalurkan bantuan kewangan, tetapi juga menunjukkan komitmen terhadap kebajikan dan kesejahteraan murid-murid dalam situasi kecemasan. Bantuan ini diharapkan dapat memberi sedikit keringanan kepada keluarga yang terjejas dan memberikan motivasi kepada para pelajar untuk terus bersemangat menghadapi cabaran yang mendatang.

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#TaatSetia

Loading

Leave a Reply