You are currently viewing Majlis Penyerahan Peralatan ICT (Smart Board) kepada Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Majlis Penyerahan Peralatan ICT (Smart Board) kepada Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Majlis Penyerahan Peralatan ICT (Smart Board) kepada Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Selasa | 3 Februari 2025

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh, hari ini telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Peralatan ICT (Smart Board) kepada 45 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Negeri Sembilan dalam satu majlis yang berlangsung di SJK (T) Bandar Sri Sendayan.

Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Yayasan Didik Negara (YDN), Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), selari dengan usaha berterusan kerajaan dalam memperkasa transformasi digital sektor pendidikan negara. Penyediaan peralatan papan pintar ini bertujuan untuk menyokong penggunaan teknologi digital secara lebih meluas dalam bilik darjah, sejajar dengan keperluan pendidikan abad ke-21.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Puan Khalidah Binti Haji Omar, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, barisan pegawai kanan Jabatan Pendidikan Negeri, wakil agensi terlibat serta para Guru Besar sekolah penerima.

Melalui inisiatif ini, sekolah-sekolah SJKT di Negeri Sembilan berpeluang memanfaatkan kemudahan ICT yang lebih moden bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif, menarik dan berkesan. Penggunaan teknologi ini juga dijangka dapat meningkatkan penglibatan murid dalam sesi PdP serta membantu guru melaksanakan kaedah pengajaran yang lebih inovatif dan berimpak tinggi.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan Majlis Penyerahan Peralatan ICT ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memperkasa sistem pendidikan di Negeri Sembilan. Inisiatif ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak sekolah bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan menyokong pembangunan modal insan yang berdaya saing selaras dengan aspirasi pendidikan negara.

#MalaysiaMadani

#PendidikanManusiawi

#BersamaYDN

Loading

Leave a Reply