





Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Kampus Tanpa Tunai Kerjasama Paynet, YDN & IPGM 2026
Selasa | 10 Februari 2026
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Mohd Azam Ahmad, telah merasmikan Majlis Penutup Kempen Kampus Tanpa Tunai IPGK 2025 serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi dua kategori utama, iaitu kategori Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) dan kategori Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Program ini melibatkan penyertaan kesemua 27 buah IPGK di seluruh negara.
Majlis Penyampaian Hadiah Kampus Tanpa Tunai IPGK 2025 merupakan inisiatif kolaboratif antara Yayasan Didik Negara (YDN), Payments Network Malaysia (PayNet), Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kempen ini telah dilaksanakan bermula Mac hingga September 2025 sebagai usaha memperkasa penggunaan transaksi tanpa tunai dalam komuniti kampus.
Memasuki fasa ketiga pelaksanaannya, kempen ini terus mendapat sokongan padu daripada PayNet selaku penaja utama, dengan penglibatan aktif 27 IPGK di seluruh negara.
Penganjuran majlis penutup ini bukan sekadar platform meraikan pencapaian, malah menjadi manifestasi komitmen berterusan dalam memperluas budaya transaksi digital dalam kalangan warga pendidikan. Inisiatif ini juga selari dengan agenda pendigitalan negara dan pembentukan ekosistem kampus yang lebih moden, cekap serta berdaya saing.
![]()