You are currently viewing Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) 2026

Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) 2026

Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) 2026

Khamis | 5 Mac 2026

Program Jaulah Ramadan di Negeri Pahang diteruskan lawatan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek menyantuni warga pendidikan dan murid dalam mengadakan lawatan ke Pusat Anak Permata Negara TUDM Kuantan dan Program Bimbingan Jalinan Kasih di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Abdullah.

YB Menteri Pendidikan turut mengimarahkan Program Semarak Jawi di Bazar Ramadan sebagai sebahagian daripada usaha memartabatkan warisan bahasa dan budaya. Seterusnya, beliau meneruskan pengisian utama Jaulah Ramadan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom, yang melibatkan sesi dialog bersama pemimpin murid menerusi platform Tekad Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035. Program ini turut disusuli dengan penyampaian sumbangan daripada Yayasan Didik dengan kerjasama strategik EDGEPOINT INFRASTRUCTURE SDN BHD Negara kepada pelajar asnaf sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan mereka.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan dalam memperkukuh hubungan antara warga pendidik, pelajar dan komuniti. Usaha bersepadu ini diharap dapat menyemai nilai kebersamaan serta memperkasakan agenda pendidikan negara, selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 demi melahirkan generasi masa hadapan yang holistik dan berdaya saing.

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#TaatSetia

#PendidikanNadiNegara

#kurikulumkita

Loading

Leave a Reply