You are currently viewing Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) 2026

Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) 2026

Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) 2026

Isnin | 9 Mac 2026

Telah berlangsung Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) 2026 peringkat Negeri Terengganu. Kali ini majlis berbuka puasa telah diadakan di Sekolah Menengah Imtiaz Besut dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nurul Ittifaq.

Kehadiran Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), YBrs. Encik Zainal bin Abas memeriahkan lagi suasana selain dapat berkongsi mengenai hala tuju pendidikan negara melalui Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026 – 2035. Penekanan diberikan kepada peningkatan kualiti pembelajaran agar lebih bermakna, di samping memastikan setiap individu mendapat akses pendidikan yang saksama tanpa mengira latar belakang. Usaha ini turut disokong dengan penyediaan sumber yang mencukupi serta pengurusan yang lebih cekap dan berkesan. Dalam masa yang sama, sistem pendidikan akan terus diperkasa supaya lebih anjal, mampan dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan, sekali gus memastikan ia kekal relevan dalam mendepani cabaran masa hadapan.

Dalam pada masa yang sama, Yayasan Didik Negara (YDN) bersama rakan strategik RHB Islamic dan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGHTO) memberikan sumbangan kepada murid asnaf terpilih. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka dan menjadi pemangkin semangat untuk meneruskan pelajaran.

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#TaatSetia

#PendidikanNadiNegara

#kurikulumkita


Loading

Leave a Reply