





Program Inisiatif Peduli Insan Bersama Marrybrown Malaysia
Khamis | 30 April 2026
Pada hari Khamis telah berlangsung dengan jayanya Program Inisiatif Peduli Insan, sebuah kolaboratif strategik antara Marrybrown Malaysia dan Yayasan Didik Negara (YDN) yang berlangsung di SK Petaling 1&2, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YDN, Tuan Mohd Nasrul bin Khairi.
Program ini merupakan manifestasi keprihatinan sektor korporat terhadap ekosistem pendidikan negara. Melalui kerjasama ini, Marrybrown Malaysia menyalurkan sumbangan dalam bentuk beg, alat tulis dan bekas makanan yang dapat menyuntik semangat buat anak-anak kita untuk terus tekun menuntut ilmu. Program ini turut melibatkan 10 buah sekolah secara keseluruhan dan memberi manfaat kepada lebih 600 orang murid.
YDN sentiasa komited dalam memudah cara sumbangan daripada syarikat korporat, NGO, dan individu bagi memastikan bantuan sampai ke tangan yang benar-benar memerlukan secara telus dan efektif.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Marrybrown Malaysia atas komitmen yang luar biasa ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada JPWPKL atas kerjasama erat bersama pihak sekolah dalam memastikan segala persiapan majlis berjalan lancar dan teratur. Semoga sinergi ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak entiti luar untuk turut serta dalam misi memartabatkan pendidikan anak bangsa.
![]()