


Majlis Pra-Pelancaran Platform DIDIK2U
Selasa | 9 Jun 2026
Pada 9 Jun 2026, Yayasan Didik Negara (YDN) telah melakar satu lagi pencapaian penting menerusi penganjuran Majlis Pra-Pelancaran Platform DIDIK2U, sebuah inisiatif digital yang dibangunkan bagi memperkukuh ekosistem pengurusan dan penyaluran bantuan pendidikan secara lebih cekap, telus dan berimpak tinggi.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Didik Negara, Tuan Mohd Nasrul bin Khairi, bersama Ketua Pegawai Eksekutif DGI Era Sdn. Bhd., Encik Zulfikar Ali, sebagai simbolik kepada kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi dalam memacu transformasi digital sektor pendidikan.
Dibangunkan sebagai platform berpusat, DIDIK2U berperanan sebagai memperkemaskan proses permohonan, pengurusan dan pemantauan bantuan pendidikan melalui sistem yang lebih sistematik, mesra pengguna serta berintegriti. Platform ini turut menyokong aspirasi untuk memastikan setiap bantuan dapat disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan secara lebih berkesan dan berakauntabiliti.
Antara objektif utama pembangunan platform DIDIK2U adalah untuk:
• Mempercepat dan mempermudah proses penyaluran bantuan pendidikan kepada penerima yang layak.
• Meningkatkan tahap ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus dalam pengurusan dana bantuan.
• Mengoptimumkan penggunaan teknologi digital bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan pendidikan.
• Menyediakan pangkalan data yang lebih tersusun bagi menyokong perancangan dan pelaksanaan program bantuan pada masa hadapan.
Pra-pelancaran ini menandakan permulaan kepada satu fasa baharu dalam usaha memperkasakan akses pendidikan melalui pendigitalan. YDN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, kepakaran dan komitmen dalam merealisasikan pembangunan platform ini.
YDN menjemput seluruh warga pendidikan, rakan strategik dan masyarakat untuk bersama-sama menantikan pelancaran rasmi DIDIK2U serta meneroka potensi platform ini dalam memperkukuh akses dan penyampaian bantuan pendidikan negara.
![]()