You are currently viewing Yayasan Didik Negara Bersama Rakan Strategik Memperluas Akses Pendidikan dan Kebajikan Komuniti Melalui Program Kampung Angkat MADANI

Yayasan Didik Negara Bersama Rakan Strategik Memperluas Akses Pendidikan dan Kebajikan Komuniti Melalui Program Kampung Angkat MADANI

Yayasan Didik Negara Bersama Rakan Strategik Memperluas Akses Pendidikan dan Kebajikan Komuniti Melalui Program Kampung Angkat MADANI

Ahad | 26 Julai 2026

Yayasan Didik Negara (YDN) terus memperkukuh komitmen dalam menyokong agenda pembangunan pendidikan dan kesejahteraan masyarakat melalui penglibatan dalam Program Kampung Angkat MADANI Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad, yang berlangsung di Kampung Rim, Jasin, Melaka.

Program ini mencerminkan pendekatan kolaboratif antara kerajaan, sektor swasta dan rakan strategik dalam memperluas manfaat pendidikan serta memperkukuh pembangunan modal insan di peringkat komuniti. Melalui jaringan kerjasama yang dibina, YDN terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam menyalurkan sokongan yang memberi impak secara langsung kepada masyarakat setempat.

Sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap pemerkasaan pendidikan digital, YDN telah menyampaikan 30 unit tablet kepada murid yang memerlukan bagi menyokong proses pembelajaran serta memperluas akses kepada kemudahan teknologi pendidikan. Inisiatif ini selaras dengan usaha memperkukuh keupayaan murid dalam mendepani landskap pendidikan yang semakin berkembang berteraskan digital.

Selain itu, melalui kerjasama strategik bersama Kings University College, seramai 10 pelajar terpilih telah menerima peluang melanjutkan pengajian melalui biasiswa penuh Diploma Kejururawatan selama tiga (3) tahun, termasuk kemudahan elaun sara hidup sebanyak RM1,000 sebulan, tertakluk kepada syarat dan terma yang ditetapkan.

Peluang pendidikan ini menjadi satu langkah bermakna dalam membuka laluan kepada generasi muda untuk meningkatkan potensi diri, membina kerjaya profesional serta menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara. Turut memperlihatkan semangat keprihatinan bersama, Halo Optical menyumbangkan sebanyak 300 baucar pemeriksaan mata dan cermin mata percuma kepada penerima yang layak. Sumbangan ini memberi nilai tambah kepada komuniti melalui aspek penjagaan kesihatan mata yang turut memainkan peranan penting dalam menyokong pembelajaran dan kesejahteraan harian.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Didik Negara, Mohd Nasrul bin Khairi, menzahirkan penghargaan kepada semua rakan strategik yang terus memberikan kepercayaan dan sokongan dalam menjayakan pelbagai inisiatif berimpak tinggi bersama YDN.

Menurut beliau, kerjasama erat antara pelbagai pihak membuktikan bahawa pendekatan rentas sektor mampu menghasilkan impak yang lebih besar dalam memperluas peluang pendidikan, memperkasa komuniti serta menyokong aspirasi pembangunan negara.

Yayasan Didik Negara akan terus memperkukuh jaringan strategik bersama kerajaan, industri dan masyarakat dalam memastikan lebih ramai individu mendapat manfaat melalui inisiatif pendidikan yang inklusif, mampan dan berterusan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#bersamaydn

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#TaatSetia

#PendidikanNadiNegara

#KurikulumKita

#RPM20262035

Loading

Leave a Reply