Penubuhan Yayasan Didik Negara

Yayasan Didik Negara menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan akses dan kualiti pendidikan nasional bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara

icon-01

01

Pada 9 Jun 2021, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menubuhkan Yayasan Didik Negara di bawah KPM.

icon-04

02

Pada 5 Julai 2021, Yayasan Didik Negara telah didaftarkan dibawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258].

icon 02-01

03

Pengoperasian YDN bermula pada 1 Oktober 2021 dan pelancaran YDN secara rasmi telah disempurnakan pada 18 Februari 2022.

icon-02

04

Melalui YDN, tadbir urus dalam pengagihan sumbangan kepada golongan sasar akan dapat diselaraskan dan diuruskan secara sistematik dan teratur.

icon-03

05

Pengagihan dana dan sumbangan akan dibuat secara menyeluruh bagi memastikan impak yang optimum kepada penerima termasuk bantuan murid, warga pendidikan dan institusi-institusi dibawah KPM.

VISI YDN

Menjadi pelengkap dalam memperkasa pendidikan bagi melahirkan generasi yang memenuhi aspirasi pendidikan negara serta berupaya bersaing di peringkat global.

Objektif Penubuhan YDN

crowdfunding (2)

Memfokus kepada penjanaan dana bagi tujuan pendidikan dalam memperkasakan ekosistem pendidikan negara serta mengekalkan kelestarian yayasan.

education

Menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada kumpulan sasar iaitu murid, warga pendidikan, sekolah, dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

planning

Mewujudkan pengurusan dan penyelarasan yang teratur, cekap dan efisien bagi memastikan fungsi Yayasan memberi manfaat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah

User_Circle_icon-01
Pengerusi
Yayasan Didik Negara
Ketua Setiausaha 
Kementerian Pendidikan Malaysia
 
HJ AZMAN-01-01

YBHG. DATUK HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN

Timbalan Pengerusi
Yayasan Didik Negara
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
44a084ed-40b2-4193-99be-fbf63f81b083-removebg-preview

PUAN HASIFAH BINTI MOHD MURTADZA


Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Didik Negara
Ketua Penolong Pengarah
Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
User_Circle_icon-01

DATUK MOHD IRWAN BIN MOHD MUBARAK

Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Didik Negara
Pengerusi Bank Rakyat

Pengurusan & Carta Organisasi

User_Circle_icon-01

Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Didik Negara

User_Circle_icon-01

Ketua Pegawai Operasi
Yayasan Didik Negara

Pengurusan dan Kakitangan YDN-05

Mohd Razi bin Jaafar

Ketua Pegawai Kewangan
Yayasan Didik Negara

WhatsApp_Image_2024-01-24_at_3.35.59_PM-removebg-preview-01

Zariana binti Abdullah

Ketua Rakan Strategik dan Penjanaan Dana

Pengurusan dan Kakitangan YDN-02

Firah An-Nur binti Nazri

Pembantu Eksekutif Kepada CEO

Pengurusan dan Kakitangan YDN-08

Nazrin bin Shashadin


Eksekutif Bahagian Dana dan Sumbangan

Pengurusan dan Kakitangan YDN-09

Muhammad Asnawi bin Zazali

Eksekutif Bahagian Dana dan Sumbangan


New-Nadia Azmee-01

Nadia Anis binti Mohd Azmee

Eksekutif Bahagian Dana dan Sumbangan


Eqkhwan_Eksekutif_Dana dan Sumbangan-01-01

Muhammad Eqkhwan bin Nor Azmin

Eksekutif Bahagian Dana dan Sumbangan


Pengurusan dan Kakitangan YDN-01

Nur Farah Hanis binti Zulkefly

Eksekutif Bahagian Kewangan


Pengurusan dan Kakitangan YDN-03

Noramalina binti Abu Bakar

Eksekutif Bahagian Pentadbiran


Pengurusan dan Kakitangan YDN-10

Ahmad Hafiz bin Ismail

Pembantu Operasi

Penubuhan Yayasan Didik Negara

YayasanDidikNegara WhiteBackground

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha untuk menyediakan fasiliti dan persekitaran persekolahan yang selesa dan selamat ke arah mencapai matlamat yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Di samping itu, usaha berterusan bagi menambah baik program bantuan sokongan kepada murid dan guru turut dilaksanakan untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan dengan optimum. Usaha ini juga adalah bagi memastikan tiada kanak-kanak pada umur persekolahan yang tercicir daripada sistem pendidikan negara.

Terdapat kepelbagaian peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul Kementerian Pendidikan dalam usaha untuk melestarikan ekosistem pendidikan yang berkualiti serta membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Ini termasuklah mewujudkan persekitaran PdP yang selamat, selesa dan relevan dengan keperluan semasa, membangunkan kompetensi guru dan membentuk kemenjadian murid. Di samping itu, kebajikan murid dan warga pendidik sentiasa diberi keutamaan.

Kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah peruntukan kewangan yang besar dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. Namun begitu, mengambil kira ekosistem pendidikan yang holistik dan kompleks serta kepelbagaian peranan dan tanggungjawab Kementerian Pendidikan, jumlah tersebut secara relatifnya adalah terhad.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan telah menubuhkan sebuah yayasan (Yayasan Didik Negara) dengan urus tadbir yang teratur dan sistematik. Yayasan Didik Negara (YDN) berperanan sebagai badan rasmi yang bertanggungjawab untuk menggembleng kerjasama dan komitmen pelbagai lapisan masyarakat untuk menyalurkan sumbangan ke arah melestarikan pendidikan berkualiti.

YDN telah didaftarkan pada 5 Julai 2021 di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258].

×
×

Cart