You are currently viewing Kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang

Kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang

Kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang

Jumaat | 17 Januari 2025

Sambutan Tahun Baharu Cina di negara ini semakin dirasai dengan pelbagai acara dan perayaan yang meriah. Baru-baru ini YB Fadhlina Sidek, yang sedang melaksanakan lawatan kerja ke Pulau Pinang, telah berkesempatan menghadiri kemeriahan Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina di beberapa buah sekolah di negeri tersebut.

YB Menteri Pendidikan turut meluangkan masa bersama murid, guru, dan seluruh warga SMJK (C) Jit Sin 2, SJKC Kean Koon, serta SJKC Yeok Hua, menyemarakkan lagi suasana perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Hadir bersama-sama pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), YBrs Tuan Zainal bin Abas, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tambun, YB Goh Choon Aik, Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang, YBrs Tuan Haji Sajiri bin Wan Hassan, serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Kemeriahan sambutan perayaan ini bukan sahaja menggambarkan tradisi yang kaya, tetapi juga menjadi simbol perpaduan dan semangat muhibah yang sentiasa terjalin dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Loading

Leave a Reply