


Lawatan YB Menteri Pendidikan ke Sekolah Agama Menengah Hulu Langat (SAMTEN)
Jumaat | 2 Februari 2024
YB Menteri Pendidikan bersama warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan lawatan mesra ke Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Najihah (SAMTEN) sempena pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang berlangsung.
Lawatan ini bertujuan untuk memberikan suntikan semangat, motivasi dan dorongan moral secara langsung kepada para pelajar yang sedang menduduki peperiksaan penting dalam perjalanan akademik mereka. Kehadiran YB Menteri bersama warga KPM amat bermakna dan mencerminkan keprihatinan serta komitmen kepimpinan tertinggi KPM dalam menyokong kesejahteraan emosi dan mental calon SPM.
Sebagai tanda sokongan dan keprihatinan, YB Menteri turut menyampaikan sumbangan berbentuk alat tulis kepada para pelajar. Inisiatif ini diharap dapat memberikan bantuan praktikal serta menjadi simbol galakan dan penghargaan kepada usaha gigih para pelajar dalam menghadapi peperiksaan.
Lawatan ini mencerminkan pendekatan holistik KPM dalam menyokong pelajar bukan hanya dari segi akademik, tetapi juga dari segi motivasi dan kesejahteraan menyeluruh. Ia juga menjadi platform untuk menyantuni warga sekolah serta meninjau suasana peperiksaan secara langsung.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)merakamkan ucapan Selamat Maju Jaya kepada semua calon SPM di seluruh negara, khususnya warga SAMTEN. Semoga usaha, doa dan ketekunan yang dicurahkan membuahkan kejayaan cemerlang serta membuka jalan ke arah masa depan yang lebih gemilang.
![]()