





Lawatan YB Menteri Pendidikan Menyantuni Anak-Anak di SJKT Kangar, Perlis
Selasa | 17 Disember 2024
Satu kunjungan bermakna telah diadakan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, di SJK Tamil Kangar, Perlis, yang turut dihadiri oleh Yayasan Didik Negara (YDN). Lawatan ini bertujuan untuk menyantuni dan memberi sokongan kepada anak-anak murid di sini. Bersempena lawatan ini, YDN sebagai agensi rasmi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah memberikan 50 unit tablet kepada murid-murid sekolah ini. Inisiatif ini adalah usaha berterusan untuk mempertingkatkan penguasaan digital dalam pendidikan, sekaligus membuka peluang pembelajaran yang lebih luas dan inklusif.
Keriangan dan semangat yang terpancar di wajah anak-anak ini jelas menunjukkan betapa berertinya pemberian ini kepada mereka. Dengan sokongan ini, mereka dapat mengakses pelbagai sumber pendidikan digital yang akan membantu dalam pengembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka, menjadikan mereka lebih bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan. Inilah komitmen kita untuk memastikan tidak ada seorang pun anak-anak kita yang terpinggir daripada peluang pembelajaran yang berkualiti. Terima kasih Yayasan Didik Negara!