Majlis Jalinan Mesra Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023
19 Mei 2023 | PICC, Putrajaya
Berlangsungnya Majlis Jalinan Mesra Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis ini turut disertai dengan sesi penyerahan Cek Cura “Program Rintis Makanan Tambahan MAIWP” oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang melibatkan sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek sempat beramah mesra bersama-sama warga KPM dan memberi sumbangan duit raya kepada murid-murid asnaf. Sumbangan duit raya ini juga merupakan sumbangan dari syarikat pengeluar tenusu terbesar Malaysia, Farm Fresh. Seramai 200 orang murid yang terlibat dalam program ini termasuk sekolah menengah dan sekolah rendah.