You are currently viewing Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM Peringkat Negeri Pulau Pinang

Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM Peringkat Negeri Pulau Pinang

Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM Peringkat Negeri Pulau Pinang

Jumaat | 17 Januari 2025

Program Bantuan Awal Persekolahan KPM (BAP) peringkat negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 17 Januari yang lalu.Acara penyerahan cek cura dan sumbangan kepada murid merangkumi pelbagai inisiatif yang memberi manfaat besar kepada komuniti pendidikan di negara ini. Antara sumbangan yang disalurkan termasuk pemberian Peranti DIDIK DT24 kepada murid-murid SMK Pendidikan Khas Bumbong Lima, Bantuan Baucar Keperluan Persekolahan kepada murid-murid SK Seri Tasek, serta pelaksanaan Pelantar Digital DIDIKSchool2u.com yang diumumkan oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua penyumbang, termasuk GDex, Dgi Era, dan YABAM, atas sokongan yang amat bermakna. Penghargaan juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), para pendidik yang berdedikasi, serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran program ini. Semoga usaha murni ini dapat terus memperkasa sistem pendidikan negara dan memberi manfaat kepada generasi pada masa akan datang.

#MalaysiaMadani

#PendidikanManusiawi

Loading

Leave a Reply