You are currently viewing Majlis Penyerahan Komputer Riba Kepada Sekolah-Sekolah Terpilih Di Pulau Pinang

Majlis Penyerahan Komputer Riba Kepada Sekolah-Sekolah Terpilih Di Pulau Pinang

Majlis Penyerahan Komputer Riba Kepada Sekolah-Sekolah terpilih di Pulau Pinang

Jumaat I 23 Jun 2023

SNS Network (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Yayasan Didik Negara dan Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyumbang 200 unit komputer riba kepada 20 sekolah terpilih bagi Peringkat Negeri Pulau Pinang. Tujuan pengagihan komputer riba ini adalah untuk memberi pendedahan yang lebih meluas kepada murid-murid terhadap penggunaan komputer riba. Majlis penyerahan ini telah diadakan di SK Tan Sri P. Ramlee.

SK Seri Sentosa menerusi Guru Besar, Cik Siti Nor binti Salleh turut hadir ke majlis penyerahan pada hari berkenaan. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Tuan Hj. Abdul Rashid bin Abdul Samad.

Semoga dengan usaha ini dapat dilaksanakan secara berterusan untuk memberi bantuan dan manfaat kepada murid-murid melalui pendedahan yang lebih meluas dalam penggunaan ICT.

Loading

Leave a Reply