You are currently viewing Majlis Penyerahan Peralatan ICT (Smart Board) kepada Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Majlis Penyerahan Peralatan ICT (Smart Board) kepada Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Majlis Penyerahan Peralatan ICT (Smart Board) kepada Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Jumaat | 12 Disember 2025

Usaha memperluaskan penggunaan teknologi digital dalam bilik darjah terus diperkasakan apabila 82 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Negeri Perak menerima kemudahan peralatan ICT(Smart Board) melalui satu program penyerahan peringkat negeri.

Majlis penyerahan kali ini telah berlangsung di Dewan Simee Silver Star, Ipoh dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh. Penyediaan peralatan papan pintar ini dilaksanakan menerusi kerjasama strategik antara Yayasan Didik Negara (YDN), Unit Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), selaras dengan komitmen bersama untuk memperkukuh ekosistem pendidikan yang berkualiti berasaskan teknologi.

Inisiatif pelaksanaan penyerahan peralatan papan pintar ini turut mencerminkan komitmen berterusan pihak kerajaan dalam memastikan sekolah-sekolah vernakular, termasuk SJKT, tidak ketinggalan dalam arus transformasi digital pendidikan negara.Selain daripada itu, inisiatif ini juga dilihat sebagai langkah penting bagi merapatkan jurang akses kepada kemudahan teknologi antara sekolah bandar dan luar bandar. Melalui kerjasama strategik antara YDN pelbagai agensi berkaitan, pelaksanaan program ini dapat memberi impak jangka panjang terhadap peningkatan kualiti pendidikan, pembangunan kemahiran digital murid serta keupayaan guru untuk mengadaptasi kaedah PdP yang lebih inovatif dan berkesan.

Tuntasnya, penyediaan peralatan papan pintar ini bukan sahaja memperkukuh ekosistem pendidikan digital di peringkat sekolah, malah menyokong aspirasi negara dalam melahirkan generasi pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Turut memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Ipoh, YB Howard, dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, selain kehadiran pegawai pendidikan serta wakil sekolah yang terlibat.

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#TaatSetia

#MADANIBekerja

Loading

Leave a Reply