





Majlis Penyerahan Peranti DIDIK (DT24) Wakalah Zakat Kementerian Pendidikan (KPM)
Selasa | 18 November 2025
Majlis Penyerahan Peranti DIDIK (DT24) melalui inisiatif Wakalah Zakat telah berjaya dilaksanakan hari ini di SMK Tun Saban bagi membantu pelajar yang layak menerima sokongan pembelajaran digital yang lebih komprehensif. Program ini merupakan usaha berterusan dalam memperkasa pendidikan menerusi penggunaan teknologi, selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke-21.
Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Encik Mohd Razi bin Jaafar, Ketua Pegawai Kewangan Yayasan Didik Negara bersama barisan kepimpinan dari SMK Tun Saban. Seramai 74 pelajar telah menerima Peranti DIDIK (DT24) pada majlis tersebut. Sumbangan ini diharap dapat mengurangkan jurang digital, sekaligus memberi peluang saksama kepada pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara lebih optimum.
Para ibu bapa serta penerima meluahkan rasa syukur dan terima kasih atas bantuan yang diberikan. Mereka menyifatkan peranti tersebut sebagai sokongan besar dalam menguruskan tugasan serta akses kepada bahan pembelajaran digital. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian peranti kepada para pelajar terlibat.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia
![]()