You are currently viewing Majlis Penyerahan Peranti DIDIK (DT24) Wakalah Zakat KPM di SK LKTP Bukit Kuantan dan SK Sulaiman

Majlis Penyerahan Peranti DIDIK (DT24) Wakalah Zakat KPM di SK LKTP Bukit Kuantan dan SK Sulaiman

Majlis Penyerahan Peranti DIDIK (DT24) Wakalah Zakat KPM di SK (LKTP) Bukit Kuantan dan SK Sulaiman

Isnin | 24 Februari 2025

Majlis Penyerahan Peranti DIDIK (DT24) Wakalah Zakat KPM kali ini telah diadakan di dua buah sekolah iaitu, SK (LKTP) Bukit Kuantan dan SK Sulaiman, Negeri Pahang. Melalui kerjasama Yayasan Didik Negara (YDN) dan Wakalah Zakat seramai 291 orang murid beragama islam terpilih telah menerima manfaat sumbangan peranti.

Program sebegini merupakan satu inisiatif gabungan kerjasama antara YDN dan pihak penyumbang dalam usaha menyalurkan bantuan dan sumbangan selain usaha menyantuni murid dari golongan yang terpilih. Dalam mendepani cabaran era teknologi digital, sumbangan yang disalurkan ini dapat merapatkan jurang pendidikan dalam kalangan pelajar serta memperkukuhkan lagi akses pendidikan yang berkualiti, sejajar dengan transformasi pendidikan negara.

Turut juga diadakan dalam majlis ini sesi taklimat penggunaan peranti serta penerangan berkenaan tanggungjawab penerima. Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan acara bergambar bersama penerima manfaat dan tetamu kehormat.

YDN mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis yang ringkas tetapi penuh bermakna ini. Harapan dari YDN semoga usaha kecil ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar dalam menimba ilmu dan mencapai kejayaan dalam akademik.

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#TaatSetia

Loading

Leave a Reply