


Majlis Pelancaran dan Penyerahan Sumbangan Pek Kembali ke Sekolah
Jumaat | 23 Januari 2023
Program Pek Kembali Ke Sekolah merupakan sumbangan McDonald’s Malaysia dan Ronald McDonald’s House Charities (RHMC). Sumbangan ini telah memberi manfaat kepada 25,000 orang murid sekolah rendah di seluruh negara berjumlah RM1.5 juta.
Bagi negeri Sarawak sahaja, seramai 1,500 orang murid telah menerima sumbangan ini, mencerminkan komitmen McDonald’s Malaysia dan RMHC dalam memastikan capaian bantuan yang menyeluruh serta inklusif, termasuk kepada murid di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Program Pek Kembali Ke Sekolah merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berterusan McDonald’s Malaysia dan RMHC dalam menyokong kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, sejajar dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan akses pendidikan yang saksama untuk semua.
![]()