You are currently viewing Program Jaulah Ramadan KPM 2025

Program Jaulah Ramadan KPM 2025

Program Jaulah Ramadan KPM 2025

Isnin | 10 Mac 2025

Pada 9 Mac 2025, Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2025 telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) NAIM Lil Banat dan Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu. Program ini bertujuan untuk meraikan dan mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat pendidikan ini mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak, termasuk Nestlé Malaysia yang merupakan rakan strategik Yayasan Didik Negara (YDN).

Sebagai sebahagian daripada sumbangannya, Nestlé Malaysia telah memberikan sumbangan duit raya dan bakul makanan kepada murid-murid yang terpilih di kedua-dua sekolah tersebut. Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban dan memberi keceriaan kepada keluarga yang kurang bernasib baik sepanjang bulan Ramadan.

Penyampaian sumbangan duit raya dan bakul makanan ini disempurnakan oleh pihak pengurusan Nestlé Malaysia yang turut disaksikan oleh Pengurusan Tertinggi KPM. Sebagai satu bentuk penghargaan kepada kerjasama yang erat ini, program ini diharap dapat memberi impak positif kepada murid-murid serta masyarakat setempat dalam meningkatkan semangat kebersamaan dan saling membantu. Semoga usahama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#TaatSetia

Loading

Leave a Reply