


Program Jaulah Ramadan KPM 2025
Isnin | 10 Mac 2025
Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia diteruskan bertempat di Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPG) Kampus Sarawak dan Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang di Miri Sarawak pada 10 Mac 2025. Program kali ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg Datuk Haji Azman bin Haji Adnan bersama-sama warga KPM dalam memeriahkan acara majlis tersebut. Kehadiran YBhg Datuk Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia lebih menambahkan seri dalam acara memasak bubuk lambuk bersama-sama guru dan warga IPG.
Dalam acara majlis berbuka puasa pula Kolej Tun Datu Tuanku Haji Buang menjadi pilihan bagi murid-murid dan warga sekolah untuk berkumpul beramah mesra bersama-sama YBhg Datuk Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Kehadiran Pengarah Pendidikan Sarawak, YBrs Encik Omar bin Mahli, dan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, YBrs Tuan Haji Omar bin Salleh, menyerikan lagi suasana pada majlis tersebut. Acara ini turut disertai dengan penyerahan bas baharu kepada pihak sekolah dan sumbangan daripada Bank Islam Berhad yang merupakan rakan strategik kepada Yayasan Didik Negara. Melalui jalinan erat program seperti ini dapat mencerminkan semangat kebersamaan dan kekekitaan sepanjang bulan Ramadan yang penuh bermakna. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.