You are currently viewing Program Jaulah Ramadan KPM 2025

Program Jaulah Ramadan KPM 2025

Program Jaulah Ramadan KPM 2025

Khamis | 13 Mac 2025

Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Wong Kah Woh, telah menghadiri Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diadakan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) Kampus Ipoh, Kolej Matrikulasi Perak, dan Sekolah Menengah Sains Tapah (SESTA), Perak pada hari Khamis.

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan telah mengambil bahagian dalam acara penyediaan bubur lambuk dan menyampaikannya kepada guru pelatih serta warga IPG Kampus Ipoh. Semasa di Koleh Matrikulasi Perak, beliau turut menasihati murid supaya lebih tekun dalam pembelajaran dalam meningkatkan pengetahuan dalam mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

YB Wong Kah Woh meneruskan perjalanan ke majlis berbuka puasa di SESTA. Dalam majlis ini, YB Wong Kah Woh turut menyampaikan sumbangan kepada murid daripada pihak RHB Islamic Berhad, rakan strategik kepada Yayasan Didik Negara.

Loading

Leave a Reply