Jaulah Ramadan di Negeri Melaka
Khamis | 21 & 22 Mac 2024
Program Jaulah Ramadan bagi negeri Melaka sekali lagi dimeriahkan melalui sumbangan duit raya oleh Yang Di Pertua Negeri kepada murid-murid yang memerlukan. Sumbangan ini disampaikan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan.
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah diiktiraf sebagai tuan rumah untuk program solat terawih dan majlis moreh bersama YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan. Selain itu, sebanyak 50 orang pelajar terpilih dari sekolah ini turut menerima sumbangan hari raya.
YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan juga turut mengambil bahagian dalam program sahur yang dianjurkan di Kolej Vokasional Melaka Tengah. Program ini dimeriahkan dengan sesi sumbangan duit raya bersama pengurusan tertinggi KPM, mencipta suasana kekeluargaan yang erat serta memberikan kesan yang positif kepada komuniti pendidikan.