You are currently viewing Semarak Bulan Kebangsaan Melalui Program Riadah Kibar Jalur Gemilang 2026

Semarak Bulan Kebangsaan Melalui Program Riadah Kibar Jalur Gemilang 2026

Semarak Bulan Kebangsaan Melalui Program Riadah Kibar Jalur Gemilang 2026

Khamis | 20 Ogos 2026

Semangat patriotisme dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus diperkukuh menerusi Program Riadah Kibar Jalur Gemilang 2026 yang diadakan pada 20 Ogos yang lalu bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 di Kompleks E, Putrajaya.

Program yang disempurnakan oleh YB Menteri Pendidikan dan YB Timbalan Menteri Pendidikan itu menghimpunkan pengurusan tertinggi serta lebih 300 warga KPM dalam suasana penuh semangat kebersamaan. Para peserta menyertai aktiviti berjalan pantas sejauh 3 kilometer dan senamrobik sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Selain menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan, penganjuran program ini turut memberi penekanan terhadap amalan gaya hidup sihat melalui sokongan kepada Inisiatif Penjawat Awam Sihat Sejahtera (i-PASS) dan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Program ini juga menjadi salah satu persediaan warga KPM untuk menyertai Cabaran Langkah Sihat Putrajaya Antara Kementerian 2026.

Kibaran Jalur Gemilang sepanjang program menjadi simbol perpaduan, kesatuan dan kecintaan terhadap tanah air. Penglibatan warga pendidikan dalam aktiviti sebegini bukan sahaja menyemarakkan semangat kemerdekaan, malah memperkukuh nilai kebersamaan serta budaya hidup sihat dalam komuniti pendidikan.

Yayasan Didik Negara (YDN) merakamkan penghargaan kepada seluruh warga KPM yang bersama-sama menjayakan program ini dan menjadikan sambutan Bulan Kebangsaan sebagai wadah untuk memperkukuh semangat patriotisme serta kecintaan kepada negara.

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#TaatSetia

#PendidikanNadiNegara

#KurikulumKita

#TerimaKasihCikgu

#RPM20262035

Loading

Leave a Reply