You are currently viewing Majlis Sumbangan Peranti, Papan Pintar dan Starlink di Beberapa Sekolah Orang Asli di Negeri Pahang

Majlis Sumbangan Peranti, Papan Pintar dan Starlink di Beberapa Sekolah Orang Asli di Negeri Pahang

Majlis Sumbangan Peranti, Papan Pintar dan Starlink di Beberapa Sekolah Orang Asli di Negeri Pahang

Jumaat | 23 Mei 2025

Tabung Haji menerusi Yayasan Didik Negara hari ini telah menyerahkan sumbangan berupa peranti, papan pintar serta Starlink kepada beberapa buah sekolah Orang Asli di negeri Pahang.

Majlis penyerahan sumbangan ini berlangsung di Sekolah Kebangsaan Menson, Cameron Highlands dan telah disempurnakan oleh Encik Hisham Hj. Rahmat, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengoperasian Dasar Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Beliau hadir mewakili YH Dato Amzan bin Abd Malek, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Antara tetamu kenamaan yang turut hadir ialah Encik Saufie Bin Abdul Manaf, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (bagi pihak Pengarah Pendidikan JPN Pahang), Encik Mohd Razi Bin Jaafar, Ketua Pegawai Kewangan Yayasan Didik Negara (YDN), Tuan Haji Khairoddin b Ahmad, Pengarah Tabung Haji Wilayah Timur, serta Tuan Haji Ab Muhaimin bin Ab Hamid, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands.

Sekolah-sekolah yang menerima bantuan tersebut adalah seperti berikut:

  • SK Menson, Cameron Highlands: 24 unit tablet, 1 unit papan pintar, 1 unit Starlink
  • SK Lanai, Lipis: 36 unit tablet, 1 unit papan pintar, 1 unit Starlink
  • SK Telanok, Cameron Highlands: 24 unit tablet, 1 unit papan pintar, 1 unit Starlink

Sumbangan ini bertujuan untuk memperkasa pembelajaran digital dalam kalangan murid Orang Asli, memudahkan akses kepada bahan pembelajaran dalam talian, dan menyokong guru dalam pelaksanaan pengajaran lebih interaktif dan berkesan. Pemasangan Starlink juga dijangka mampu menyediakan sambungan internet berkelajuan tinggi di kawasan sukar capaian, sekaligus memberi peluang kepada murid luar bandar menikmati pendidikan setaraf dengan murid di bandar.

Dalam majlis sama, turut berlangsung acara penyampaian penghargaan kepada penerima Anugerah Guru Berwibawa peringkat kebangsaan. Mohd Zulkhairi bin Umar dari SK Permatang Keledang diumumkan sebagai Johan bagi kategori Guru Orang Asli dan Peribumi.

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#TaatSetia

Loading

Leave a Reply