





Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke – 43 Sekolah Kebangsaan Senawang
Sabtu | 6 April 2026
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Didik Negara, Tuan Mohd Nasrul bin Khairi, dengan penuh berbesar hati merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-43 di Sekolah Kebangsaan Senawang, Negeri Sembilan. Majlis tersebut berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pihak pentadbir sekolah, guru-guru, ibu bapa serta komuniti setempat yang hadir memberikan sokongan padu.
Dalam majlis yang sama, YDN dengan kerjasama rakan strategik, F&N Holdings, yang diwakili oleh Encik Muhammad Syahmi bin Ruzuan selaku Penyelaras Sokongan Perniagaan dan Penglibatan Industri, telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai, beg sekolah serta alat tulis kepada 50 orang murid asnaf terpilih di sekolah berkenaan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam menyokong kebajikan pelajar serta meringankan beban keluarga yang memerlukan, di samping memberi motivasi kepada murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan majlis ini dengan jayanya.
![]()