You are currently viewing Program Pek Kembali ke Sekolah Bersama Marrybrown

Program Pek Kembali ke Sekolah Bersama Marrybrown

Program Pek Kembali ke Sekolah Bersama Marrybrown

Isnin | 26 Mei 2025

Suasana ceria dan penuh keterujaan jelas terpancar di wajah para pelajar dari enam buah sekolah rendah di Melaka apabila mereka menerima sumbangan melalui Program “Pek Kembali ke Sekolah”dengan kerjasama Yayasan Didik Negara dan Marrybrown. Program ini telah dijalankan di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Sekolah-sekolah yang terlibat termasuk:

  1. SK Air Merbau
  2. SK Seri Bemban
  3. SK Kelebang Besar
  4. SK Batu Berendam
  5. SK Alor Gajah 1
  6. SK Masjid Tanah

Majlis penyerahan “Pek Kembali ke Sekolah” telah disempurnakan oleh Encik Mohd Razi bin Jaafar, Ketua Pegawai Kewangan, Yayasan Didik Negara. Turut bersama Ms. Shazana Yeoh, Corp Community Manager Marrybrown dan Encik Nasaruddin bin Hj Rahmat, Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dalam menyempurnakan majlis ini. Setiap pelajar menerima pek lengkap yang mengandungi kelengkapan asas persekolahan seperti beg, alat tulis, pakaian seragam, dan barangan keperluan lain.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen YDN dengan jalinan kerjasama syarikat-syarikat korporat dalam menyokong aspirasi pendidikan negara serta meringankan beban kewangan keluarga yang memerlukan. Menurut wakil Marrybrown, program seumpama ini akan diteruskan di lokasi-lokasi lain di seluruh negara sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#TaatSetia

Loading

Leave a Reply