You are currently viewing Lawatan Kerja YB Menteri Pendidikan ke SJKT Ladang Kulai Besar

Lawatan Kerja YB Menteri Pendidikan ke SJKT Ladang Kulai Besar

Lawatan Kerja YB Menteri Pendidikan ke SJKT Ladang Kulai Besar

Sabtu | 20 Jun 2026

YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan telah mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kulai Besar bagi meninjau perkembangan pendidikan serta kemudahan infrastruktur di sekolah berkenaan.

Dalam lawatan tersebut, YB Menteri Pendidikan turut menyaksikan penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek pembinaan blok bangunan tambahan baharu bernilai RM4.3 juta yang bakal memberi manfaat kepada warga sekolah khususnya dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif. Projek pembinaan blok bangunan tiga tingkat itu dijangka siap pada suku kedua tahun hadapan dan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik darjah, ruang serbaguna, bilik bimbingan dan kaunseling, bilik keperluan khas serta kemudahan sokongan lain bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid.

Dalam lawatan yang sama, Yayasan Didik Negara (YDN) turut menyampaikan sumbangan sebanyak 10 unit tablet kepada pihak sekolah sebagai usaha menyokong penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta membantu memperluas akses murid kepada pendidikan digital. Sesi penyerahan itu diserahkan oleh Encik Mohd Nasrul bin Khairi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Didik Negara (YDN) kepada guru besar dan disaksikan oleh YB Menteri Pendidikan.

Semoga lawatan kerja ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan, institusi pendidikan dan rakan-rakan pendidikan dalam usaha melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

#MalaysiaMadani

#MADANIBekerja

#TaatSetia

Loading

Leave a Reply