You are currently viewing Majlis Perasmian Bilik Darjah Digital di bawah Program “Connectivity for Communities” oleh Syarikat EdgePoint Infrastructure

Majlis Perasmian Bilik Darjah Digital di bawah Program “Connectivity for Communities” oleh Syarikat EdgePoint Infrastructure

Majlis Perasmian Bilik Darjah Digital di bawah Program “Connectivity for Communities” oleh Syarikat EdgePoint Infrastructure

Selasa | 4 November 2025

Satu langkah penting ke arah memperkukuh akses pendidikan digital telah direalisasikan melalui Majlis Perasmian Bilik Darjah Digital di bawah Program “Connectivity for Communities”, anjuran Syarikat EdgePoint Infrastructure dengan kerjasama Yayasan Didik Negara di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Jerteh.

Majlis perasmian ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran berasaskan teknologi kepada pelajar di kawasan sekolah, sekaligus merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar.

Program “Connectivity for Communities” merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) EdgePoint Infrastructure yang memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur digital dan memperluas capaian internet di kawasan yang memerlukan. Melalui inisiatif ini, Bilik Darjah Digital dilengkapi dengan kemudahan seperti sambungan internet berkelajuan tinggi, komputer riba, paparan interaktif, dan peralatan pembelajaran digital lain bagi menyokong kaedah pengajaran abad ke-21.

Pelaksanaan Bilik Darjah Digital ini diharap dapat memberi impak positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, sekali gus memperkukuh aspirasi negara ke arah masyarakat celik digital.

Majlis diakhiri dengan sesi lawatan ke Bilik Darjah Digital dan demonstrasi penggunaan peralatan digital oleh para pelajar dan guru.

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#TaatSetia

Loading

Leave a Reply