You are currently viewing Majlis Serahan Pek Kembali Ke Sekolah (BTS) Marrybrown Tahun 2026

Majlis Serahan Pek Kembali Ke Sekolah (BTS) Marrybrown Tahun 2026

Majlis Serahan Pek Kembali Ke Sekolah (BTS) Marrybrown Tahun 2026

Khamis | 9 April 2026

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Didik Negara, Tuan Mohd Nasrul bin Khairi, telah merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Pek Kembali Ke Sekolah anjuran Marrybrown yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sri Benut, Pontian, Johor. Majlis ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan menyokong keperluan pendidikan murid serta membantu meringankan beban keluarga, khususnya dalam persediaan menghadapi sesi persekolahan baharu.

Seramai 300 orang murid dari sekitar Daerah Pontian telah terpilih untuk menerima sumbangan ini, yang merangkumi pelbagai keperluan persekolahan seperti beg sekolah, alat tulis dan kelengkapan asas lain. Antara sekolah yang terlibat termasuk Sekolah Kebangsaan Seri Kembar, Sekolah Kebangsaan Benut, Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia, SJKC Lok Yu (1), SJKC Lok Yu (6) serta SJKC Lok York. Inisiatif ini diharapkan dapat memberi suntikan semangat kepada para murid untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih yakin dan bersemangat.

Dalam ucapannya, Tuan Mohd Nasrul bin Khairi menzahirkan penghargaan atas kerjasama erat antara YDN dan pihak Marrybrown dalam menjayakan program ini. Beliau turut menekankan kepentingan kolaboratifstrategik antara sektor korporat dan institusi pendidikan dalam memperkasa pembangunan modal insan serta memastikan kebajikan pelajar terus diberi perhatian.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Kewangan YDN, Encik Mohd Razi bin Jaafar, Encik Shahrulrizan bin Zainal Abidin selaku Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sektor Pembangunan Murid, serta Puan Shazana Yeoh, Ketua Komuniti Korporat Marrybrown Sdn. Bhd. Kehadiran para jemputan ini mencerminkan sokongan padu pelbagai pihak dalam menjayakan usaha kebajikan dan pendidikan di peringkat komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen, sokongan dan kerjasama dalam menjayakan majlis ini dengan lancar dan penuh impak. Diharapkan inisiatif seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi manfaat dan kesejahteraan generasi muda.

#BersamaYDN

#PendidikanManusiawi

#Tahuninitahunkita

Loading

Leave a Reply