





Program Korban MADANI Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Jumaat | 29 Mei 2026
Program Korban MADANI Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berlangsung dengan penuh semangat kebersamaan di kawasan lapang Blok E14, Kompleks Parcel E, Putrajaya. Penganjuran kali ini mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya ibadah korban dilaksanakan sepenuhnya di Kompleks Parcel E selepas memperoleh kelulusan rasmi daripada Perbadanan Putrajaya.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato’ Wan Hashim bin Wan Rahim. Turut hadir memeriahkan program ialah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan), YBhg. Dato’ Dr. Megat Sany bin Megat Ahmad Supian; serta Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme), YBhg. Dato’ Amzan bin Abd Malek. Kehadiran mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan turut menyerikan lagi program tersebut.
Sebanyak dua ekor lembu korban telah disumbangkan oleh Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) bagi pelaksanaan program di Kompleks Parcel E. Penganjuran ini turut mendapat kerjasama strategik daripada Yayasan Didik Negara (YDN), MESCA, PUSPANITA Cawangan KPM dan PEKDIS Malaysia yang bersama-sama memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program.
Program Korban MADANI bukan sekadar acara tahunan, malah menjadi medium untuk menerapkan nilai kemanusiaan, keikhlasan dan kepedulian sosial dalam kalangan warga kementerian. Melalui pelaksanaan ibadah korban secara bersama, program ini secara tidak langsung mengukuhkan hubungan silaturahim selain menyemai rasa tanggungjawab untuk membantu golongan yang memerlukan menerusi pengagihan daging korban.
![]()