You are currently viewing Majlis Sambutan Hari Guru

Majlis Sambutan Hari Guru

Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023

Selasa | 16 Mei 2023

Pada 16 Mei telah berlangsungnya Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

Sambutan hari Guru ini yang bertemakan ‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani’ diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dan merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 tahun ini. Menerusi program ini Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina binti Sidek turut mengambil peluang mengumumkan ’10 Inisiatif Untuk Memperkasa Kebajikan Guru’.

Antara program yang dijalankan YB Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina binti Sidek bersama Yayasan Didik Negara (YDN) dan warga KPM turut menziarahi guru sakit dan menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka dalam meneruskan kehidupan seharian. Bantuan ini juga adalah sebagai bentuk penghargaan dan memperingati jasa sewaktu mereka berkhidmat sebagai pendidik. Semoga dengan bantuan yang dihulurkan mampu memberi semangat dan diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan jasa dan bakti sebagai guru.

Loading

Leave a Reply