You are currently viewing Sesi Libat Urus Bersama Agensi Zakat SeMalaysia

Sesi Libat Urus Bersama Agensi Zakat SeMalaysia

Sesi Libat Urus Agensi Zakat SeMalaysia

Selasa | 11 Julai 2023

Buat julung kalinya, Yayasan Didik Negara (YDN) telah menganjurkan Sesi Libat Urus bersama Agensi Zakat Seluruh Malaysia, satu inisiatif penting yang bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik antara institusi zakat dan sektor pendidikan negara. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YB Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina binti Sidek, dan dihadiri oleh wakil-wakil agensi zakat dari seluruh negara.

Sesi libat urus ini merupakan platform perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pelaksanaan agihan zakat serta bantuan yang telah disalurkan kepada sektor pendidikan, khususnya kepada pelajar yang memerlukan. Ia juga menjadi medan untuk mengenal pasti amalan terbaik serta isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaan bantuan zakat kepada institusi pendidikan.

Melalui sesi ini, YDN berhasrat untuk menyelaras dan menyeragamkan inisiatif bantuan pendidikan yang melibatkan sumbangan zakat, sekali gus memastikan bantuan yang disalurkan lebih berfokus, sistematik dan memberi impak yang lebih menyeluruh kepada golongan sasaran.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen YDN untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara sektor awam dan institusi-institusi zakat, seterusnya menyokong agenda pendidikan negara ke arah yang lebih inklusif dan lestari.

Loading

Leave a Reply