You are currently viewing Majlis Penyerahan Peranti DIDIK (DT24) Sumbangan Murni Lapisan Sdn. Bhd.

Majlis Penyerahan Peranti DIDIK (DT24) Sumbangan Murni Lapisan Sdn. Bhd.

Majlis Penyerahan Peranti DIDIK (DT24) Sumbangan Murni Lapisan Sdn. Bhd.

Khamis | 5 Februari 2026

Seramai 70 orang murid Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai telah menerima sumbangan peranti tablet Didik DT24 menerusi satu majlis penyerahan yang dianjurkan dengan kerjasama Murni Lapisan Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat IJM Land, sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat tersebut dalam menyokong agenda pendidikan digital negara.

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YDN, Yang Berusaha Tuan Mohd Nasrul bin Khairi. Turut hadir ialah Penolong Pengurus Kanan Murni Lapisan Sdn. Bhd., Encik Lim Sze Wi; Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Maklumat, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Siti Norhayati binti Md Yusof; serta Penolong Pegawai Pendidikan (Hal Ehwal Murid) PPD Bangsar Pudu, Encik Halimi bin Abdu Hamid.

Sumbangan ini bertujuan untuk memperkasakan pembelajaran digital serta membantu murid-murid daripada latar belakang yang memerlukan agar dapat mengakses bahan pembelajaran secara lebih berkesan dan inklusif. Diharapkan sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberi impak positif terhadap pencapaian akademik serta perkembangan holistik murid-murid.

#BersamaYDN

#PendidikanManusiawi

#tahuninitahunkita

Loading

Leave a Reply