You are currently viewing Karnival Mini Pendidikan Madani Peringkat Negeri Johor

Karnival Mini Pendidikan Madani Peringkat Negeri Johor

Karnival Mini Pendidikan Madani Peringkat Negeri Johor

Khamis I 6 September 2023

Karnival Mini Pendidikan Madani Peringkat Negeri Johor telah diadakan di Bakri Junction Ballroom Sdn. Bhd, Muar Johor. Majlis ini dihadiri oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan bersama-sama warga KPM untuk beramah mesra dengan komuniti setempat disana. Pelbagai acara, pameran dan aktiviti yang menarik dapat disaksikan sewaktu acara berlangsung.

Menerusi karnival ini, Lenovo Malaysia memperuntukkan sumbangan berbentuk Chromebook Lenovo sebanyak 10 unit dengan kerjasama Yayasan Didik Negara kepada 10 orang murid B40. Melalui sumbangan ini dapat memberikan semangat dan keyakinan kepada murid untuk menelaah ilmu dengan lebih cekap selain meningkatkan daya upaya kemahiran dalam pendidikan pendigitalan.

Semoga dengan jalinan yang erat dan utuh antara Yayasan Didik Negara dan agensi-agensi yang terlibat dapat terus melaksanakan amanah dalam memberi keprihatinan dan bantuan kepada golongan terutama murid B40.

Loading

Leave a Reply