You are currently viewing Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) 2026

Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) 2026

Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) 2026

Rabu | 4 & 5 Mac 2026

Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) Negeri Sarawak diteruskan dengan inisiatif Ziarah Cakna ke rumah dua orang guru yang sedang diuji dengan masalah kesihatan. Dalam lawatan tersebut, sumbangan daripada Yayasan Didik Negara (YDN) dan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGHTO) telah disampaikan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral. Diharapkan ziarah ini dapat memberi semangat serta kekuatan kepada mereka dalam menghadapi ujian yang dialami.

Seterusnya, perkongsian berkaitan TEKAD Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 telah diadakan di Kolej Vokasional Matang, Kuching, Sarawak. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penglibatan aktif ibu bapa, pemimpin komuniti, guru serta pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) sempena Jaulah Ramadan Komuniti. Dalam program yang sama, sumbangan daripada Yayasan Didik Negara (YDN) turut disampaikan kepada 50 orang pelajar asnaf bagi membantu meringankan beban keluarga mereka, khususnya dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Harapan KPM segala perkongsian yang telah disampaikan dapat difahami dengan jelas serta disebarluaskan dengan tepat, khususnya kepada warga pendidik dan masyarakat umum. Rancangan Pendidikan Malaysia 2025–2036 merupakan tanggungjawab bersama dan menjadi satu usaha berterusan dalam memastikan kejayaan sistem pendidikan negara demi masa depan generasi akan datang.

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#TaatSetia

#PendidikanNadiNegara

#kurikulumkita

Loading

Leave a Reply