You are currently viewing Karnival Pendidikan MADANI 2026: Sehari Bersama Rakyat

Karnival Pendidikan MADANI 2026: Sehari Bersama Rakyat

Karnival Pendidikan MADANI 2026: Sehari Bersama Rakyat

Sabtu | 20 Jun 2026
Telah berlangsung dengan jayanya sebagai platform yang menghimpunkan warga pendidikan, murid, ibu bapa serta masyarakat setempat dalam usaha memperkukuh ekosistem pendidikan negara yang inklusif dan progresif.

Penganjuran karnival ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendekatkan agenda pendidikan kepada rakyat, di samping mengukuhkan hubungan antara institusi pendidikan, komuniti dan pelbagai pihak berkepentingan dalam membina generasi masa hadapan yang berilmu, berakhlak serta berdaya saing.

Sepanjang program berlangsung, para pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti dan pengisian yang bukan sahaja bersifat informatif, malah turut menggalakkan penglibatan aktif masyarakat. Antaranya termasuk Program Santai Subuh MADANI, aktiviti kecergasan komuniti, sesi Town Hall Pendidikan MADANI, pameran berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), selain forum pendidikan dan pelbagai aktiviti interaktif yang memberi pendedahan serta manfaat kepada peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bersama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Mohd Azam Ahmad, serta barisan pengurusan tertinggi KPM yang turut meluangkan masa menyantuni warga pendidikan dan pengunjung yang hadir. Melalui penganjuran Karnival Pendidikan MADANI 2026, aspirasi untuk menjadikan pendidikan sebagai pemangkin pembangunan insan dan kesejahteraan masyarakat terus diperkukuh selaras dengan usaha melahirkan generasi MADANI yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#TaatSetia

#PendidikanNadiNegara

#KurikulumKita

#TerimaKasihCikgu

#RPM20262035

Loading

Leave a Reply