You are currently viewing Lawatan Peninjauan Pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Menggunakan Peranti DIDIK (DT24) di SK Rinching Hilir

Lawatan Peninjauan Pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Menggunakan Peranti DIDIK (DT24) di SK Rinching Hilir

Lawatan Peninjauan Pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Menggunakan Peranti DIDIK (DT24) di SK Rinching Hilir

Khamis | 9 Oktober 2025

Ketua Pegawai Kewangan Yayasan Didik Negara, Encik Mohd Razi bin Jaafar bersama-sama pegawai YDN membuat satu lawatan ke SK Rinching Hilir untuk meninjau pelaksanaan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) menggunakan Peranti DIDIK (DT24) yang telah diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif digital Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak kementerian dan agensi berkaitan untuk memastikan keberkesanan penggunaan teknologi dalam meningkatkan mutu PdPc di sekolah-sekolah seluruh negara. Melalui lawatan ini, pihak delegasi YDN berpeluang melihat secara langsung bagaimana peranti DIDIK (DT24) dimanfaatkan oleh guru dan murid dalam sesi pembelajaran harian.

Antara fokus utama lawatan ialah menilai keberkesanan integrasi peranti DIDIK (DT24) dalam pelaksanaan aktiviti berasaskan robotik dan inovasi digital di bilik darjah. Pemerhatian turut melibatkan sesi demonstrasi kendalian peranti oleh murid serta aktiviti kolaboratif digital yang menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pihak sekolah turut mengambil peluang untuk berkongsi amalan terbaik dalam penggunaan peranti tersebut, termasuk pendekatan pedagogi yang inovatif dan sokongan infrastruktur sedia ada.

Secara keseluruhannya, lawatan ini bukan sahaja memberi gambaran jelas tentang pelaksanaan penggunaan peranti DIDIK (DT24), malah membuka ruang untuk penambahbaikan serta pengukuhan ekosistem pembelajaran digital yang lebih mampan dan inklusif di sekolah-sekolah KPM. Semoga usaha berterusan amalan seperti ini menjadi contoh dan penanda aras bagi sekolah-sekolah di seluruh negara dalam memperkasakan perkembangan pembelajaran digital dalam kalangan murid di sekolah.

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#TaatSetia

Loading

Leave a Reply