You are currently viewing Majlis Penyerahan Bantuan Gajet di Sekolah Kebangsaan Batang Melaka

Majlis Penyerahan Bantuan Gajet di Sekolah Kebangsaan Batang Melaka

Majlis Penyerahan Bantuan Gajet di Sekolah Kebangsaan Batang Melaka

Khamis | 18 Disember 2025

Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Gajet di Sekolah Kebangsaan Batang Melaka telah disempurnakan oleh YBrs. Dr Mohd. Azam Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), yang turut berkesempatan menyantuni murid-murid penerima sumbangan. Majlis ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh sokongan terhadap keperluan pembelajaran digital di peringkat sekolah.

Sumbangan peralatan gajet peranti DIDIK (DT24) daripada Yayasan Didik Negara (YDN) kepada murid terpilih ini diharap dapat membantu meningkatkan akses murid terhadap pembelajaran digital, di samping menyokong pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan berkesan. Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen berterusan pihak yayasan di KPM dalam memperkasa pendidikan serta merapatkan jurang digital dalam kalangan murid sekolah.

Sebagai penutup, YDN mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis yang cukup bermakna ini. Diharapkan kerjasama dan sokongan berterusan ini dapat memberi impak positif yang berpanjangan terhadap pembangunan pendidikan dan kecemerlangan murid di SK Batang Melaka.

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#TaatSetia

Loading

Leave a Reply