You are currently viewing Majlis Penyerahan Peralatan ICT (Smart Board) kepada Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Majlis Penyerahan Peralatan ICT (Smart Board) kepada Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Majlis Penyerahan Peralatan ICT (Smart Board) kepada Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Selasa | 9 Disember 2025

Majlis Penyerahan Peralatan ICT (Smart Board) kepada Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) telah diadakan di SJKT Vivekananda, Brickfields. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan yang diiringi bersama Timbalan Menteri Pembangunan dan Operasi, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan dan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh. Usaha ini merupakan salah satu agenda inisiatif kerjasama antara MITRA dan Yayasan Didik Negara bagi memperkukuh kualiti pendidikan di seluruh negara.

Penyerahan papan pintar pada kali ini memberi manfaat kepada 387 SJKT dan dijadualkan menerima 400 unit secara berperingkat di seluruh negara. Melalui kemudahan peralatan ICT ini sudah tentu dapat meningkatkan proses penguasaan pelajaran dalam pembelajaran terutama dalam kemahiran asas pembangunan teknologi digital pada era ini. Selain itu, teknologi ini dijangka dapat meningkatkan keberkesanan proses PdP sambil menyokong kreativiti, pemikiran kritis dan literasi digital dalam kalangan pelajar.

Majlis penyerahan ini diharapkan menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkasa ekosistem pendidikan negara, sekali gus melahirkan generasi pelajar yang celik teknologi, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan. Syabas dan penghargaan buat semua yang terlibat dalam mencapai matlamat inisiatif ini dengan jayanya.

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#TaatSetia

#MADANIBekerja

Loading

Leave a Reply