You are currently viewing Majlis Penyerahan Peranti DIDIK (DT24) Wakalah Zakat Kementerian Pendidikan (KPM)

Majlis Penyerahan Peranti DIDIK (DT24) Wakalah Zakat Kementerian Pendidikan (KPM)

Majlis Penyerahan Peranti DIDIK (DT24) Wakalah Zakat Kementerian Pendidikan (KPM)

Ahad | 12 Oktober 2025

Bagi memastikan murid daripada keluarga berpendapatan rendah tidak ketinggalan dalam arus pendidikan digital, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Yayasan Didik Negara (YDN) telah melaksanakan penyerahan peranti kepada murid yang terpilih di dua buah sekolah, iaitu SK Kangkong dan SK Darulaman Heights, Negeri Kedah.

Program ini dilaksanakan dengan tujuan bagi membantu murid mengakses bahan pembelajaran digital secara lebih efektif serta menyokong pelaksanaan pendidikan digital di sekolah. Setiap peranti yang diserahkan dilengkapi dengan aplikasi pembelajaran interaktif yang menarik minat murid di sekolah.

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum) turut hadir ialah wakil Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah, guru besar serta barisan guru peneraju pendidikan digital sekolah.

Dalam ucapan perasmian, Dr. Rusmini menekankan bahawa bantuan zakat ini bukan sekadar sumbangan berbentuk peranti, tetapi simbol keprihatinan dan tanggungjawab sosial bagi memastikan pendidikan berkualiti dapat dinikmati oleh semua.

Program ini turut menyaksikan sesi taklimat dan penerangan ringkas oleh pegawai YDN berkenaan fungsi dan penggunaan peranti, serta kaedah penyelenggaran asas bagi memastikan jangka hayat peranti tahan lama dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid.

Semoga inisiatif ini dapat menjadi pemangkin kepada pembudayaan pendidikan digital yang inklusif, sekali gus memperkukuhkan usaha KPM dalam memperkasakan murid.

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia

Loading

Leave a Reply