





Majlis Perasmian Cawangan MPH Bookstore di Pusat Membeli Belah Alamanda, Putrajaya
Selasa | 19 November 2024
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Cawangan MPH Bookstore yang terletak di Pusat Membeli Belah Alamanda, Putrajaya. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPH, Encik Martin, serta wakil-wakil dari Yayasan Didik Negara (YDN) dan Yayasan Amanah Bantuan Awam Malaysia (YABAM).
Dalam suasana yang penuh makna itu, pihak YDN dan YABAM telah menyampaikan sumbangan bantuan tunai sebanyak RM200 setiap seorang kepada 40 orang murid dari keluarga B40 yang tinggal di sekitar Putrajaya. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga murid-murid tersebut, serta memberi dorongan kepada mereka untuk terus maju dalam bidang pendidikan.
Majlis ini bukan sahaja mencerminkan komitmen kerajaan dan pihak berwajib dalam memperkasa pendidikan, tetapi juga sebagai usaha untuk memastikan tiada seorang pun anak bangsa yang tercicir dalam mencapai impian mereka, terutamanya dari golongan yang kurang berkemampuan. Pemberian bantuan ini menjadi simbolik kepada kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam memperkukuh asas pendidikan negara demi masa depan yang lebih gemilang.
![]()