You are currently viewing Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Eratkan Hubungan dan Semangat Kebersamaan Warga KPM

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Eratkan Hubungan dan Semangat Kebersamaan Warga KPM

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Eratkan Hubungan dan Semangat Kebersamaan Warga KPM

Isnin | 20 Julai 2026

Menjelang aksi kemuncak Final Piala Dunia baru-baru ini, satu perlawanan persahabatan bola sepak telah berlangsung antara pasukan Sepanyol yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg. Datuk Wan Hashim Wan Rahim dan pasukan Argentina yang diketuai oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad. Turut hadir memberikan sokongan dan memeriahkan perlawanan persahabatan, YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil

Perlawanan tersebut bukan sekadar medan untuk menguji keupayaan dan semangat kesukanan, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan, memupuk semangat setia kawan serta memperkukuh nilai kerjasama berpasukan dalam kalangan warga KPM.

Lebih daripada sekadar keputusan di atas padang, perlawanan ini mencerminkan bahawa semangat kebersamaan, saling menghormati dan kesepaduan merupakan asas penting dalam membentuk sebuah pasukan yang kukuh dan berdaya saing. Semangat kesukanan yang ditonjolkan turut memperlihatkan bahawa setiap warga KPM, tanpa mengira peranan dan tanggungjawab, sentiasa mempunyai ruang untuk bersama-sama membina hubungan yang lebih erat dalam suasana yang penuh kemesraan.

Yayasan Didik Negara (YDN) merakamkan penghargaan atas semangat kebersamaan dan kesukanan yang ditunjukkan dalam perlawanan persahabatan ini. Semoga inisiatif seumpama ini terus menjadi wadah dalam memperkukuh hubungan serta menyemarakkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga KPM.

Buat para penyokong pasukan Sepanyol, tahniah diucapkan atas kejayaan muncul sebagai juara Piala Dunia edisi kali ini.

#MalaysiaMadani

#MADANIBekerja

#7TerasKPM

#PendidikanManusiawi

#KaramahInsaniah

#TaatSetia

Loading

Leave a Reply