Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Khamis | 7 November 2024
Telah berlangsung satu perlawanan persahabatan bola sepak buat julung kalinya antara pasukan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia di padang Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Perlawanan ini disaksikan juga oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek dan seluruh warga KPM serta murid sekolah untuk menyokong pasukan pilihan mereka.
Kemeriahan ditambah lagi dengan kemenangan berpihak kepada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dengan keputusan 3-2. Dalam perlawanan ini juga Ketua Pegawai Kewangan YDN, En. Mohd Razi Jaafar turut menyumbangkan satu gol jaringan buat pasukan.
Perlawanan sebegini sememangnya dapat memupuk semangat kerjasama antara seluruh warga KPM dalam meningkatkan ukhwah jalinan dengan gaya hidup yang lebih sihat. Semoga aktiviti seperti ini dapat dilakukan pada masa yang akan datang.