You are currently viewing Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) 2026

Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) 2026

Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) 2026

Khamis | 26 Februari 2026

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, bersama barisan Pengurusan Tertinggi KPM. Majlis dimulakan dengan sesi berbuka puasa bersama warga pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Muar, sebelum diteruskan dengan solat tarawih berjemaah dan moreh di SMK Bandar Maharani.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan KPM dalam menyantuni warga sekolah serta memperkukuhkan hubungan dengan komuniti setempat sepanjang bulan Ramadan. Pada masa yang sama, program ini berfungsi sebagai platform strategik untuk menyampaikan maklumat secara langsung kepada masyarakat berkaitan hala tuju pendidikan negara melalui Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 dan Program Tekad Reformasi Pendidikan (TEKAD).

Dalam usaha memperkasa kebajikan murid dan guru, Yayasan Didik Negara dengan kerjasama rakan strategik, Marrybrown, telah menyalurkan sumbangan duit raya kepada 50 orang murid asnaf terpilih dari kedua-dua sekolah berkenaan. Turut disampaikan ialah sumbangan ziarah cakna kepada guru yang sedang menghadapi masalah kesihatan berpanjangan. Selain itu, Yayasan Didik Negara turut menyerahkan sumbangan peranti tablet kepada murid terpilih di SMKA Maahad Muar sebagai sokongan terhadap keperluan pembelajaran digital mereka.

#bersamaYDN

#PendidikanManusiawi

#tahuninitahunkita

Loading

Leave a Reply