You are currently viewing Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) 2026

Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) 2026

Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) 2026

Jumaat | 6 Mac 2026

Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) diteruskan lawatan Ziarah Cakna oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad ke empat rumah pelajar dan guru yang berdepan masalah kesihatan di sekitar Putrajaya.Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif KPM dalam menzahirkan keprihatinan serta sokongan berterusan terhadap kebajikan pelajar dan warga pendidik yang diuji dengan masalah kesihatan berpanjangan.

Seterusnya, Program Tekad Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 telah diadakan di SMK Putrajaya Presint 11(1). Sesi ini menjadi platform penting dalam memperkukuh tekad, menyelaras hala tuju serta menyatukan aspirasi semua pihak berkepentingan ke arah menjayakan agenda pendidikan negara secara menyeluruh dan berimpak tinggi. Melalui sesi ini, pelbagai pandangan, cadangan serta perkongsian idea telah dikemukakan secara konstruktif, sekali gus mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasa sistem pendidikan negara agar terus relevan dan responsif terhadap keperluan semasa serta cabaran masa hadapan.

Jaulah Ramadan diteruskan lagi dengan pelaksanaan solat Maghrib secara berjemaah serta majlis berbuka puasa bersama warga sekolah dan pendidik. Sesi ini diserikan lagi dengan penyampaian sumbangan dari Yayasan Didik Negara (YDN) dan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) kepada murid yang terpilih.

Diharapkan usaha berterusan seperti ini dapat menyemai semangat kebersamaan, meningkatkan rasa keprihatinan serta memperkukuh peranan komuniti dalam menyokong pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh dan mampan.

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#TaatSetia

#PendidikanNadiNegara

#kurikulumkita

Loading

Leave a Reply