Program Ziarah Guru Sakit Bersama Pharmaniaga Berhad di Sarawak
Khamis I 2 Februari 2023
Yayasan Didik Negara (YDN) bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Pharmaniaga Berhad membuat lawatan Program Ziarah Terima Kasih Cikgu di rumah Cikgu Mohd Khairil Fitrie/Washington Anding di Kuching, Sarawak. Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek membuat kunjungan dan menyantuni Cikgu Khairil. Cikgu Khairil merupakan seorang guru yang telah berkhidmat selama 35 tahun. Disebabkan beliau telah dihidapi penyakit lumpuh separuh badan, beliau terpaksa menamatkan perkhidmatan seketika sebagai guru. Disebabkan keadaan beliau sangat terhad untuk melakukan pergerakan, sumbangan berbentuk “transfer wheelchair” telah diberikan bagi memudahkan urusan seharian beliau. Dengan sumbangan ini diharapkan dapat meringankan sedikit beban yang beliau alami. Semoga Cikgu Khairil terus cekal dan tabah dalam menghadapi ujian ini dan diberikan kesembuhan kepada beliau.